Wednesday 2 November 2016

Cara mula niaga atas talian

Perkembangan dunia perniagaan online atau atas talian semakin meningkat.  Keadaan ini mengambil kesempatan dengan kemudahan internet yang rata-rata dimiliki penduduk Malaysia sekurang-kurangnya dengan menggunakan telefon pintar.

Tambahan pula, kerajaan sentiasa menggalakkan agar golongan muda menceburi dunia perniagaan atas talian yang dilihat memberi peluang amat besar. Majoriti golongan muda memiliki kemahiran menggunakan gejet telekomunikasi.

Perniagaan secara online tidak sukar untuk dilakukan, biarpun diakui tidak mudah untuk mendapat keuntungan seperti diharapkan.  Namun, ini tidak menghalang mereka yang ingin mula mencuburinya. 

Ini kerana modal perniagaan online dikira amat murah atau minumun yang rata-rata mampu disediakan oleh kebanyakan orang.   Dengan hanya memiliki gejet tertentu dan kemudahan internet, seseorang itu berpeluang untuk memulakan perniagaan online.

Di sini dikongsikan cara asas bagaimana hendak memulakan perniagaan online. 

Formula tersebut diberi nama Langkah 3P.

P – PRODUK

P yang pertama semestinya adalah produk atau perkhidmatan yang ingin dipasarkan.  Tanpa produk tentu sekali tidak dinamakan perniagaan. 

Untuk permulaan, elok cari produk atau perkhidmatan mengikut minat atau hobi.  Cara itu untuk mudah mengendalikan atau faham apa yang ditawarkan kepada pelanggan. 

Jika kita tawarkan perkhidmatan atau barang berkaitan minat, tentu sekali kita mudah untuk mengendalikannya.  Mungkin juga produk itu kita oleh promosi melalui aktiviti yang kita sertai.  Kita juga lebih bersemangat dan tidak berdepan dengan tekanan.

Sebenarnya memang tidak sesuai untuk kita terikut-ikut dengan perniagaan orang lain.  Itu minat atau kemampuan orang lain.  Kita mungkin lain.  Tambah lagi jika melibatkan kepakaran.

P – PLATFORM

Bila anda dah tentukan apa produk atau perkhidmatan yang anda nak jual, tibalah masa untuk anda pilih apa platform atau saluran yang ingin digunakan. 

Contoh platform biasa digunakan peniaga online:
- Facebook
- Instagram
- Twitter
- Blog
- Email
- Minisite

Pemilihan platform perlu mengikut kemampuan kita mengendalikan kemudahan itu.  Pada peringkat permulaan, gunalah mana yang mudah dan selesa. 

Tidak perlu lagi hendak guna aplikasi perlu kepada kepakaran tinggi atau belanja menyediakan kemudahan itu.   Banyak peniaga online berjaya dengan hanya menggunakan aplikasi mudah di telefon pintar. 

Kalau sudah meningkat maju, baru difikirkan platform yang lebih sesuai mengikut kemampuan dan kesesuaian perniagaan yang dijalankan.

P – PEMASARAN

Produk sudah ada.  Platform pun kita sudah dipilih.  Sekarang masanya untuk kita mula mempromosikan produk kita.

Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri.
Cara promosi di Facebook, tak sama dengan cara di Instagram.
Kalau guna Blog, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial.
Jadi pastikan anda belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik secara semberono.


Selamat berniaga secara online.